Read more: Membuat Readmore Otomatis di Blog | ALI BLOGGERS COMMUNITY

Mengenai Saya

Foto saya
saya bukanlah seorang lelaki yang sempurna dan aku sangat bnyk mempunyai kelemahan akan tetapi dengan beberapa kelebihanku aku tutupi kekurangan ku dengan kelebihanku yang aku punya

tanda-tanda orang sayang

Sabtu, 10 November 2012

TANDA-TANDA ORANG YANG SAYANG PADA KAMU


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa

dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan
matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan
kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu
lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu
lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku
CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang
kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat
atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia
lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat
itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang
selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu
ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau
musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu
, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya
keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila
ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good
luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu
sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di
telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia
merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa
pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut
kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah
malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan
hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan
tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan
melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu
dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia
begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari
menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian
besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu
kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan
surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi
benda-benda berharga buatnya.



21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia
akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab
dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia
tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia
pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta

0 komentar:

Poskan Komentar